Tuesday 1 November 2011

Kim Kardashshian Cerai

WHAT THE FISH!!!!

Bangun pagi buka facebook, browse...browse...browse... terkejut beruk baca Kim Kardashian & Kris Humphries sah bercerai lepas 72 hari berkahwin. Rasanya dekat channel E! masih tayang lagi kot majlis kahwin diorang kot? Correct me if i'm wrong...


Ini gambar saat bahagia Kim dengan pemain bola keranjang NBA ni. Gilalah kahwin sampai 10 juta USD tapi tak tahan lama. Tak ada perasaan ke mat salleh2 ni yek? Tapi kalau nak ikutkan sejarah Britney Spears lagi hebat 58 jam je! Tapi si Kim dalam statement di nampak relaks gile...


Dua minggu lepas kahwin lagi sebenarnya dah dengar diorang nak cerai sebab dia bengang suami dia tak keje sebab si Kris ada masalah dengan pihak NBA! Dah tau laki kau tak keje dulu, kenapa nak kahwin? Gitulah diorang ni, kahwin dibuat main-main. Lain kali pilihlah jutawan kalau takut sangat harta habis.


Kim bagi statement dia kata "After careful consideration, I have decided to end my marriage. I hope everyone understand this was not an easy decision. I had hoped this marriage was forever but sometimes things don't work out as planned. We remain friends and wish each other the best." Adoi dulu tak fikir


Ni gambar diorang Honeymoon kat Itali. Sebenarnya pakar2 ni kata, diorang dah nampak hubungan Kim vs Kris macam ada masalah. Walaupun ada masalah tapi nampak sakan diorang kissing2!


Bukan main romantik & manja lagi masa Honeymoon. Adakah plastik semata-mata heheheh!


Tapi dalam twitter si kim ni... dia ada kata tak sabar nak share dengan peminat aktiviti dia dengan bekas suaminya masa honeymoon. Kalau dah bercerai berai macam ni, tak tahulah kalau E! masih nak tayangkan atau tidak! Tunggu dan lihat jelah.






Monday 31 October 2011

Jalan - Jalan Kuantan - Hotel Sentral Kuantan


   Tempat Wajib Ambik Gambar Kalau Dah Sampai Sini

Trip Random Kuantan -29 Oktober 2011

Actually trip ni memang last minit giler saya dengan suami plan. Saya memang jarang giler dapat cuti Sabtu & Ahad.
Minggu lepas kebetulan kitorang dapat cuti sama-sama. So, kitorang pun plan nak pergi somewhere untuk tenangkan
otak yang dah tepu dengan kerja.
Mula-mula plan nak stay kat hotel yang berbintang-bintang, tapi halfway ketika sedang membelah highway Pantai Timur, kitorang tukar plan. Kitorang decide nak cari hotel mengikut kemampuan. Trip ni memang random giler sebab kitorang tak booked satu hapa pun hotel.
Kitorang nak walk-in je. Lagipun bila sampai dekat Kuantan, Pahang memang tak payah risau sebab melambak-lambak
giler hotel. Nak yang murah,sedang-sedang, mahal semua ada. Pokok pangkal sediakan saja ongkosnya.
Sampai-sampai je kat Kuantan, kitorang terus tuju Teluk Cempedak, saja nak carik kot-kot ada rest house tepi pantai yang murah-murah. Sebab saya ada survey kat internet, ada satu tempat nama dia Annexe Rest House. Jalan punya jalan, kitorang jumpa tempat yang saya nak. Saya pun suruh suami tanya 
ada bilik kosong ke tak? Yang penting kena ada wi-fi sebab saya nak siapkan kerja (memang boring kalau tengah cuti
tapi kena siapkan kerja). Anyway, diorang kata ada bilik family (katil queen satu dengan satu single bed) harga memang
murah, RM 100 je. Tapi yang slack nye sebab tak de wi-fi. So kami decide nak cari hotel dekat area town.
Kebetulan beberapa hari sebelum pergi saya ada survey, so sepanjang perjalanan ke town, mata kami melilau
-lilau cari hotel. Tup-tup terjumpalah hotel yang saya nampak kat internet hari tu, nama hotel tu Hotel Sentral Kuantan.
Sampai dekat situ, suami pergi tanya dulu berapa harga bilik. Bila diorang kata bilik family harga RM 168, suami ku terus setuju saja.

Family Room RM 168

Cuma malangnya tak ada wi-fi sebab diorang kata hotel ni baru dua bulan. Jadi diorang baru nak set up. Tapi disebabkan hotel ni cantik, tak tahulah berapa bintang, mungkin dua setengah bintang kot, kitorang pun apa lagi, okay aje!
Hotel ni memang cantik, deco dia sangat moden kontemporari. Bersih dan selesa mungkin sebab baru lagi kot. Kalau untuk bilik standard harga bermula dari RM 118. Memang berbaloi dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat hehehe...
Kalau nak feeling-feeling, bolehlah request bilik menghadap Sungai Kuantan. Kitorang punya bilik menghadap jalan raya tapi tu pun dah okay. Bilik dia besar dan cantik. Sesuailah untuk ada dara saya si Maryam yang baru nak belajar merangkak tu berguling-guling kat karpet. Cuma satu je, breakfast dia agak kureng sikit tapi boleh diperbaiki lagi.
So check out gambar-gambar hotel ni.




Cantikkan Lobi dia?

 Toilet Dia Yang Kontemporari Jugak!
Tempat Menunggu di Lobi Dia Yang Cantik!

Pintu Masuk Hotel Sentral

Ini Lagi Satu Yang Menarik Hati Saya. Cantikkan?


p/s: Just Incase sesiapa nak booking bolehlah call no ni 09-5659999

Friday 28 October 2011

Amalan Ayat Kursi Untuk Memudahkan Bersalin

Setiap kali saya turunkan petua utk kwn2 yg nk bersalin supaya mengamalkan ayat kursi agar nanti senang bile nak bersalin, ramai yg mcm sambil lewa je. Saya bukanlah pandai sgt bab2 agama ni, tapi pengalaman bersalin dua kali alhamdulillah bolehlah saya kongsikan.Memang berbeza sgt dua2 pengalaman ketika melahirkan.
Anak saya yg sulung Iqbal lahir 3 Oktober 2009, dia lahir tiga minggu awal. Saya sakit tak lama, saya pergi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pukul dua lebih pagi, sampai hospital jam 3. Masa tu baru buka 3 cm. Tapi tak sakit cuma darah je yang keluar.

Oleh sebab labor room penuh, nurse yang jaga di bahagian kecemasan minta saya tunggu dulu dekat bawah. Tapi dalam pukul 4.30 gitu, mulalah rasa contraction 15 minit sekali. Pukul 5.30 pagi, saya dah tak tahan sangat. Nurse pun tolak saya pergi labor room.
Saya dibiarkan dengan suami dalam labor room, tapi makin lama makin sakit. Saya dah tak tahan sangat, terus saya suruh suami panggilkan nurse. Rupa-rupanya dah buka 8 cm. Nurse pun apa lagi kelam kabutlah call doktor saya Professor Madya Dr Hashim Omar (doktor yang cool).
 Bila sampai, doktor kata dia tak jangka saya akan bersalin secepat ini sebab dia bajet kalau anak pertama dalam tujuh ke lapan jam. Tepat jam 6.40 pagi, Iqbal selama dilahirkan secara normal.


Iqbal, 2 tahun

Lebih kurg umur Iqbal 4 bulan, saya sekali lagi disahkan mengandung. Tapi gugur masa kandungan tu lebih kurg dua bulan. Sebulan lepas tu, saya mengandung lagi. Kwn2 semua gelakkan saya, diorg kata sy ni subur gile. Saya pun terkejut, tapi semua tu rezeki. Takkan nak tolak, masa mengandungkan Maryam yg skrg ni dah pun berumur lapan bulan. Saya takut sgt bile mengenangkan moment2 nak bersalin. Benda yg paling saya takut bile ingat part contraction. Nak2 bile dah dkt 8cm nak menuju 10 cm. Part tu yg paling gerun, sebab sakit memulas dia mmg tak boleh nak cakap.
Bile ingat semu tu lah yg saya jdk takut gile masa mengandungkan Maryam. Disebabkan teramatlah takut, sy pun mulalah amalkan ayat kursi. Tak ingat dah masa tu kandungan brp bulan. Kalau tak silap sejak 5 atau 6 bulan. Kalau tengah drive atau pun duduk2 saja, bile teringat je, mulut saya pun ligatlah baca ayat kursi. Pada waktu sama saya mintak dekat Allah supaya bg senang bersalin. Kalau boleh saya tak nak lagi rasa contraction segala mak nenek. Tepat seperti yg dijangkakan pihak klinik kesihatan Sentul iaitu pada 17 februari 2011, masa konon2nya nak mandi g keje, sy tgk ada red spot yg sikit gile keluar masa sy buang air kecik.
Saya ckp kat suami, saya nk mc and lepak2 kat umah mak je. Bile sampai umah mak, saya cek lgi. Tak delah pulak red spot tu. So sy buat dunno je. Ptg g toilet lg tgk ada lah pulak  tapi kali ni ala2 choclate spot je. Sampailah nak dkt2 magrib, sy rasa mcm nak buang air besar.
Mak tak bg sebab dia takut saya terberanak. Tapi tak lama tu okaylah pulak. Lepas magrib, rasa nk buang air besar makin kerap tapi tak sakit. Sy memang dah call kakak saya mintak dia balik awal utk hantar sy g spital. Tapi bile dia balik, sy lengahkan-lengahkan sebab tak ada rasa nak beranak. Sempat jgklah tgk drama Beto Kusyairi dgn Sharifah Amani berjudul Khashaf Imani kejap. Memandangkan kwn kakak saya dah tunggu utk hantar saya ke spital, sy pun pergi lah jgk walaupun hati berbelah bg sebab tak rasa sakit apa pun.
On the way nk ke spital, mulut saya tak henti2 baca ayat kursi sebab itu je ayat yg saya hafal dan memang diyakini mujarab. Sampai je kat pintu hospital Hospital Bersalin Kuala Lumpur, saya ckp dgn kakak, saya nak balik sebab tak rasa sakit ape.
Nanti doktor kata mengada2 pulak. Tapi dia paksa saya masuk sebab alang2 dah sampai depan pintu hospital. Lepas buat segala pemeriksaan, biasalah diorg akan tanye mcm2 lah, cek air kencing segala nurse pun mintak saya baring. Sebelum doktor cek, nurse terlebih dulu monitar pergerakkan baby dgn memegang perut sy. Mintak maaf term2 medical ni sy tak pandai. Bile dia rasa contraction sy agak aktif, doktor pun standby nak seluk. Dia nak cek kepala baby dah dekat pintu rahim ke belum. Sekali seluk, doktor terkejut dah bukak 8 cm. Diorg pun kelam kabut hantar saya g labor. Saya pulak masa tu mcm tak percaya nak kena bersalin hari tu jgk. Sampai kat labor room, byak lah doktor yg menanti. Bile nurse yg tolak saya tu ckp bukaan dah 8cm, salah sorg dr kat situ mcm tak caye sebab saya nampak relaks. Masuk labor room, Dr yg ditugaskan pun seluk lg tangan dia utk pecahkan air ketuban. Saya pun relaks jelah, tapi mulut tak henti2 baca ayat kursi. Saya masuk labor room dlm kul 10.20, kul 10,45, air ketuban pecah. Dia cek lg bukaan dah buka 9cm. Tapi sy masih lg tak rasa skit, sampailah beberapa minit lps tu, barulah sy rasa mcm nk buang air besar sgt. Doktor2 dgn nurse yg baik kat situ kata tak pe. Kalau nk buang air besar buang je diorg tak marah. Bebarapa kali teran akhirnya Maryam keluar jgk jam 11.06 malam. Sy tak sangka doa sy tak nk merasa contraction dimakbulkan Allah. Sy percaya sgt itu berkat ayat kursi yg saya amalkan.


Maryam, 8 bulan

Saya tulis pengalaman ni pun sekadar nak share supaya ibu2 mengandung lain dpt amalkan, sebab kecewa juga bile saya kongsi pada kwn2 yg mengandung, diorg macam buat tak endah. Agak2nye diorg ingat saya main. Tapi percayalah, ayat kursi sesungguhnya ayat yg amat ajaib.
Alhamdulillah saya gembira bila salah seorang kawan saya, amalkan apa yang saya share dengan dia. Dia kata masa nak bersalin hari tu, dia tak berapa rasa sakit sangat.

Thursday 2 June 2011

Buang Bayi Lagi!

Patung Bayi Yang Di Jual Pada Harga RM 907 di Britain

Sebahagian Patung-Patung Bayi

Kisah bayi bersepai dalam Harian Metro hari ni


Sedihnya baca surat khabar hari ini pasal orang buang bayi. Tak tahulah apa nak jadi dengan manusia zaman sekarang. Perangai mengalahkan binatang. Orang lain susah payah nak anak, tapi dia senang-senang nak buang. Kalau buang dekat depan rumah orang okay lagi, tapi kenapa bodoh sangat pergi campak dari tingkat lima. Sampai je ofis pagi tadi, Mommy terus sakit hati bile baca muka depan Harian Metro ni. Tak de hotak ke apa orang yang buat benda ni? Cuba bayangkan, orang lain susah payah nak anak, tapi diorang ni senang-senang gi buang macam permainan.
Dekat Britain orang siap jual patung baby untuk orang-orang yang tak ada anak. Kalau bagi dekat Mommy, Mommy memang tak nak sebab Mommy takut tengok patung-patung ni. Malah ada Pakar Perunding Psikologi pun tak galakkan orang ramai beli patung tu sebab takut mendatangkan masalah.
Pada orang2 yang berniat nak buang bayi, cuba jadikan kisah patung ni sebagai iktibar. Tengok orang sanggup susah payah buat patung tu sebab nak sangat anak, awak pulak sesuka hati je nak buang!

Friday 27 May 2011

Pil Perancang Yasmin

Akhirnya hasrat Mommy nak membeli pil perancang jenama Yasmin terlaksana juga. Malangnya Mommy baru je habis period. Rupa2 nya pil tu perlu diambik pada hari pertama period. Nampaknya terpaksalah Mommy tunggu bulan depan untuk consume pil tu. Sebenarnya selain nak prevent dari 'termengandung' coz jarak antara my first son dengan adik dia cuma setahun empat bulan je. Selepas anak yang sulung Mommy pernah mengandung tapi gugur masa usia kandungan dua bulan, lepas sebulan Mommy disahkan mengandung balik. Kiranya Mommy ni subur gile jadi, Mommy kenalah amik sebab nak bagi tumpuan membesarkan dua anak ni dulu.  Mommy ambik Yasmin pun kononnya nak slim, becoz dulu my gynea Prof Madya Dr Mohd Hashim Omar dari HUKM specialist yang suggest makan Yasmin Pil tu sebab dia kata makan pil ni boleh kurus. Mommy ni kalau bab kurus memang excited gile. Cakaplah apa jenis ubat kurus semua Mommy dah try tapi hasilnya nan hado... duit habis ratus-ratus tapi badan tetap maintan.. bukannya maintan kurus tapi gemuk! So Mommy berharap Yasmin akan merealisasikan impian Mommy... Hoorayyy! Lupa pulak nak cakap, pil ni Mommy beli kat Farmasi AA, Lucky Garden Bangsar, harga dia RM 45 je.

Pil Ni Mommy Beli RM 45 je...

Bengkel Solekan

Bengkel Solekan dan Kecantikan Oleh Hartini Hilmi
Tarikh: 26 Jun 2011
Tempat: Dewan Komuniti Sentul Utama, Taman Datuk Senu, Sentul
Waktu: 10 am hingga 5 pm
Yuran Penyertaan: RM 150
Jika berminat hubungi 010-4278097 (tempat terhad untuk 10 orang sahaja)

Thursday 26 May 2011

My New Phone Nokia Pink Karer...

My New Nokia 2220

Yeahhhh...akhirnya selepas sehari menunggu, telefon Nokia 2220 berada dalam genggaman ku. Tak tahulah kenapa Mommy excited sangat dekat phone ni. Bukannya first time pakai handphone pun. Maybe sebab dia cute n warna pink.
This is actually my second phone. I'm planning to earn extra income maklumlah anak dah dua. So telefon ni kononnya untuk benda yang selain daripada bidang kerja. Maknanya kalau telefon ni yang bunyi Mommy tahu bukan orang-orang yang Mommy kenal telefon. Mommy beli yang AP je maksudnya yang bukan original set. Memang actually plan to get the original one tapi dia kata warna pink takd de. Sebab eager sangat nak warna pink, Mommy pun amik je. Ap pun Ap lah ...janji cantik. Harga murah pulak tu RM 180! Wohooo tak sabar nak buat job banyak2 demi anak-anak heheh ...yang penting jangan lupa kelas solekan yang Mommy anjurkan sesiapa yang berminat just call me at 010-4278097









Filem Seram Pertama KRU

Semalam Mommy dengan kawan-kawan pergi tengok filem Karak. Mommy bukanlah peminat cerita hantu tapi sebab dapat tiket free, Mommy pun pergi jelah. Karak tak lah teruk mana tapi taklah seperti yang Mommy jangkakan. Tapi start-start dia memang seram, sampaikan kawan Mommy asyik pegang Mommy sebab terkejut.
Tapi lama-lama Mommy rasa macam bosan pulak. Memanglah sound effect dia buat Mommy terkejut, tapi  lama-lama Mommy rasa seram dia macam dibuat-buat pulak. Setakat ini dalam banyak-banyak filem seram Melayu, yang menakutkan Mommy cuma Jangan Pandang Belakang je. Karak diarahkan oleh Yusry KRU jadi tak heranlah Mommy nampak kelibat Lisa Surihani. Tapi Mommy tak sempat nak snap gambar diorg.. kalau sempatkan best..
Filem ini dilakonkan oleh Shahir, Sheera Ayob, Kilafairy dengan Along. Mommy tak berapa suka dengan lakonan Sheera mungkin dia budah baru kot, sebab tu tak berapa best sangat. Tapi kilafairy kira berjayalah bawak watak gedik dia, cuma dia seksi sangat dalam filem tu sebab ada adegan dia berkemban


Ini je gambar yang sempat di snap. Norman, Yusry dengan Edry bersama pelakon




Wednesday 25 May 2011

Berita Harian Online | Dengarnya... Ziana, Sohaimi rakam lagu duet

Berita Harian Online | Dengarnya... Ziana, Sohaimi rakam lagu duet

KELAS MEKAP 2011 BERSAMA HARTINI HILMI

Assalamualaikum...

Kepada golongan wanita di luar sana atau mereka yang berminat nak berjinak-jinak dalam dunia kecantikan, Mommychubby ingin menjemput anda menyertai kelas makeup yang akan diajar oleh kawan Mommychubby dari Hartini Hilmi
Tarikh: 26 June 2011
Tempat: Dewan Komuniti Sentul Utama, Taman Dato Senu, Sentul
Waktu: 10 pagi hingga 6 petang
Yuran Pendaftaran: RM 150 saja (kelas hanya terhad untuk 10 orang)
Makan, minuman serta peralatan mekap disediakan.

Dibawah ini adalah beberapa contoh hasil mekap sentuhan Tini.

Tini mekap Nabila Huda untuk rancangan Ewah-Ewah


                                                                Enot


Tini akan menurunkan pelbagai ilmunya dalam bidang mekap kepada anda... Jadi jika anda ingin mempelajari asas solekan serta mengenai penjagaan wajah cepat-cepatlah book tempat. Pada mereka yang berminat boleh hubungi saya di nombor 010-4278097.
Sijil, peralatan solekan dan makan minum akan disediakan.