Thursday 26 May 2011

Filem Seram Pertama KRU

Semalam Mommy dengan kawan-kawan pergi tengok filem Karak. Mommy bukanlah peminat cerita hantu tapi sebab dapat tiket free, Mommy pun pergi jelah. Karak tak lah teruk mana tapi taklah seperti yang Mommy jangkakan. Tapi start-start dia memang seram, sampaikan kawan Mommy asyik pegang Mommy sebab terkejut.
Tapi lama-lama Mommy rasa macam bosan pulak. Memanglah sound effect dia buat Mommy terkejut, tapi  lama-lama Mommy rasa seram dia macam dibuat-buat pulak. Setakat ini dalam banyak-banyak filem seram Melayu, yang menakutkan Mommy cuma Jangan Pandang Belakang je. Karak diarahkan oleh Yusry KRU jadi tak heranlah Mommy nampak kelibat Lisa Surihani. Tapi Mommy tak sempat nak snap gambar diorg.. kalau sempatkan best..
Filem ini dilakonkan oleh Shahir, Sheera Ayob, Kilafairy dengan Along. Mommy tak berapa suka dengan lakonan Sheera mungkin dia budah baru kot, sebab tu tak berapa best sangat. Tapi kilafairy kira berjayalah bawak watak gedik dia, cuma dia seksi sangat dalam filem tu sebab ada adegan dia berkemban


Ini je gambar yang sempat di snap. Norman, Yusry dengan Edry bersama pelakon




No comments:

Post a Comment