Monday 31 October 2011

Jalan - Jalan Kuantan - Hotel Sentral Kuantan


   Tempat Wajib Ambik Gambar Kalau Dah Sampai Sini

Trip Random Kuantan -29 Oktober 2011

Actually trip ni memang last minit giler saya dengan suami plan. Saya memang jarang giler dapat cuti Sabtu & Ahad.
Minggu lepas kebetulan kitorang dapat cuti sama-sama. So, kitorang pun plan nak pergi somewhere untuk tenangkan
otak yang dah tepu dengan kerja.
Mula-mula plan nak stay kat hotel yang berbintang-bintang, tapi halfway ketika sedang membelah highway Pantai Timur, kitorang tukar plan. Kitorang decide nak cari hotel mengikut kemampuan. Trip ni memang random giler sebab kitorang tak booked satu hapa pun hotel.
Kitorang nak walk-in je. Lagipun bila sampai dekat Kuantan, Pahang memang tak payah risau sebab melambak-lambak
giler hotel. Nak yang murah,sedang-sedang, mahal semua ada. Pokok pangkal sediakan saja ongkosnya.
Sampai-sampai je kat Kuantan, kitorang terus tuju Teluk Cempedak, saja nak carik kot-kot ada rest house tepi pantai yang murah-murah. Sebab saya ada survey kat internet, ada satu tempat nama dia Annexe Rest House. Jalan punya jalan, kitorang jumpa tempat yang saya nak. Saya pun suruh suami tanya 
ada bilik kosong ke tak? Yang penting kena ada wi-fi sebab saya nak siapkan kerja (memang boring kalau tengah cuti
tapi kena siapkan kerja). Anyway, diorang kata ada bilik family (katil queen satu dengan satu single bed) harga memang
murah, RM 100 je. Tapi yang slack nye sebab tak de wi-fi. So kami decide nak cari hotel dekat area town.
Kebetulan beberapa hari sebelum pergi saya ada survey, so sepanjang perjalanan ke town, mata kami melilau
-lilau cari hotel. Tup-tup terjumpalah hotel yang saya nampak kat internet hari tu, nama hotel tu Hotel Sentral Kuantan.
Sampai dekat situ, suami pergi tanya dulu berapa harga bilik. Bila diorang kata bilik family harga RM 168, suami ku terus setuju saja.

Family Room RM 168

Cuma malangnya tak ada wi-fi sebab diorang kata hotel ni baru dua bulan. Jadi diorang baru nak set up. Tapi disebabkan hotel ni cantik, tak tahulah berapa bintang, mungkin dua setengah bintang kot, kitorang pun apa lagi, okay aje!
Hotel ni memang cantik, deco dia sangat moden kontemporari. Bersih dan selesa mungkin sebab baru lagi kot. Kalau untuk bilik standard harga bermula dari RM 118. Memang berbaloi dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat hehehe...
Kalau nak feeling-feeling, bolehlah request bilik menghadap Sungai Kuantan. Kitorang punya bilik menghadap jalan raya tapi tu pun dah okay. Bilik dia besar dan cantik. Sesuailah untuk ada dara saya si Maryam yang baru nak belajar merangkak tu berguling-guling kat karpet. Cuma satu je, breakfast dia agak kureng sikit tapi boleh diperbaiki lagi.
So check out gambar-gambar hotel ni.




Cantikkan Lobi dia?

 Toilet Dia Yang Kontemporari Jugak!
Tempat Menunggu di Lobi Dia Yang Cantik!

Pintu Masuk Hotel Sentral

Ini Lagi Satu Yang Menarik Hati Saya. Cantikkan?


p/s: Just Incase sesiapa nak booking bolehlah call no ni 09-5659999

1 comment:

  1. Baik ko duduk hotel sebelah sentral tu.... Namanya hotel clasic. Kat luar nampak buruk...dalam tip top. Bilik 1 katil kelamin dan 1 bujang luas. Harga rm130 sahaja. Sarapan dapat pengesahan halal JAIP. Ada WIFI. Pemandangan sama je macam sentral tu...tengok sungai atau tengok jalan..

    ReplyDelete