Friday 28 October 2011

Amalan Ayat Kursi Untuk Memudahkan Bersalin

Setiap kali saya turunkan petua utk kwn2 yg nk bersalin supaya mengamalkan ayat kursi agar nanti senang bile nak bersalin, ramai yg mcm sambil lewa je. Saya bukanlah pandai sgt bab2 agama ni, tapi pengalaman bersalin dua kali alhamdulillah bolehlah saya kongsikan.Memang berbeza sgt dua2 pengalaman ketika melahirkan.
Anak saya yg sulung Iqbal lahir 3 Oktober 2009, dia lahir tiga minggu awal. Saya sakit tak lama, saya pergi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pukul dua lebih pagi, sampai hospital jam 3. Masa tu baru buka 3 cm. Tapi tak sakit cuma darah je yang keluar.

Oleh sebab labor room penuh, nurse yang jaga di bahagian kecemasan minta saya tunggu dulu dekat bawah. Tapi dalam pukul 4.30 gitu, mulalah rasa contraction 15 minit sekali. Pukul 5.30 pagi, saya dah tak tahan sangat. Nurse pun tolak saya pergi labor room.
Saya dibiarkan dengan suami dalam labor room, tapi makin lama makin sakit. Saya dah tak tahan sangat, terus saya suruh suami panggilkan nurse. Rupa-rupanya dah buka 8 cm. Nurse pun apa lagi kelam kabutlah call doktor saya Professor Madya Dr Hashim Omar (doktor yang cool).
 Bila sampai, doktor kata dia tak jangka saya akan bersalin secepat ini sebab dia bajet kalau anak pertama dalam tujuh ke lapan jam. Tepat jam 6.40 pagi, Iqbal selama dilahirkan secara normal.


Iqbal, 2 tahun

Lebih kurg umur Iqbal 4 bulan, saya sekali lagi disahkan mengandung. Tapi gugur masa kandungan tu lebih kurg dua bulan. Sebulan lepas tu, saya mengandung lagi. Kwn2 semua gelakkan saya, diorg kata sy ni subur gile. Saya pun terkejut, tapi semua tu rezeki. Takkan nak tolak, masa mengandungkan Maryam yg skrg ni dah pun berumur lapan bulan. Saya takut sgt bile mengenangkan moment2 nak bersalin. Benda yg paling saya takut bile ingat part contraction. Nak2 bile dah dkt 8cm nak menuju 10 cm. Part tu yg paling gerun, sebab sakit memulas dia mmg tak boleh nak cakap.
Bile ingat semu tu lah yg saya jdk takut gile masa mengandungkan Maryam. Disebabkan teramatlah takut, sy pun mulalah amalkan ayat kursi. Tak ingat dah masa tu kandungan brp bulan. Kalau tak silap sejak 5 atau 6 bulan. Kalau tengah drive atau pun duduk2 saja, bile teringat je, mulut saya pun ligatlah baca ayat kursi. Pada waktu sama saya mintak dekat Allah supaya bg senang bersalin. Kalau boleh saya tak nak lagi rasa contraction segala mak nenek. Tepat seperti yg dijangkakan pihak klinik kesihatan Sentul iaitu pada 17 februari 2011, masa konon2nya nak mandi g keje, sy tgk ada red spot yg sikit gile keluar masa sy buang air kecik.
Saya ckp kat suami, saya nk mc and lepak2 kat umah mak je. Bile sampai umah mak, saya cek lgi. Tak delah pulak red spot tu. So sy buat dunno je. Ptg g toilet lg tgk ada lah pulak  tapi kali ni ala2 choclate spot je. Sampailah nak dkt2 magrib, sy rasa mcm nak buang air besar.
Mak tak bg sebab dia takut saya terberanak. Tapi tak lama tu okaylah pulak. Lepas magrib, rasa nk buang air besar makin kerap tapi tak sakit. Sy memang dah call kakak saya mintak dia balik awal utk hantar sy g spital. Tapi bile dia balik, sy lengahkan-lengahkan sebab tak ada rasa nak beranak. Sempat jgklah tgk drama Beto Kusyairi dgn Sharifah Amani berjudul Khashaf Imani kejap. Memandangkan kwn kakak saya dah tunggu utk hantar saya ke spital, sy pun pergi lah jgk walaupun hati berbelah bg sebab tak rasa sakit apa pun.
On the way nk ke spital, mulut saya tak henti2 baca ayat kursi sebab itu je ayat yg saya hafal dan memang diyakini mujarab. Sampai je kat pintu hospital Hospital Bersalin Kuala Lumpur, saya ckp dgn kakak, saya nak balik sebab tak rasa sakit ape.
Nanti doktor kata mengada2 pulak. Tapi dia paksa saya masuk sebab alang2 dah sampai depan pintu hospital. Lepas buat segala pemeriksaan, biasalah diorg akan tanye mcm2 lah, cek air kencing segala nurse pun mintak saya baring. Sebelum doktor cek, nurse terlebih dulu monitar pergerakkan baby dgn memegang perut sy. Mintak maaf term2 medical ni sy tak pandai. Bile dia rasa contraction sy agak aktif, doktor pun standby nak seluk. Dia nak cek kepala baby dah dekat pintu rahim ke belum. Sekali seluk, doktor terkejut dah bukak 8 cm. Diorg pun kelam kabut hantar saya g labor. Saya pulak masa tu mcm tak percaya nak kena bersalin hari tu jgk. Sampai kat labor room, byak lah doktor yg menanti. Bile nurse yg tolak saya tu ckp bukaan dah 8cm, salah sorg dr kat situ mcm tak caye sebab saya nampak relaks. Masuk labor room, Dr yg ditugaskan pun seluk lg tangan dia utk pecahkan air ketuban. Saya pun relaks jelah, tapi mulut tak henti2 baca ayat kursi. Saya masuk labor room dlm kul 10.20, kul 10,45, air ketuban pecah. Dia cek lg bukaan dah buka 9cm. Tapi sy masih lg tak rasa skit, sampailah beberapa minit lps tu, barulah sy rasa mcm nk buang air besar sgt. Doktor2 dgn nurse yg baik kat situ kata tak pe. Kalau nk buang air besar buang je diorg tak marah. Bebarapa kali teran akhirnya Maryam keluar jgk jam 11.06 malam. Sy tak sangka doa sy tak nk merasa contraction dimakbulkan Allah. Sy percaya sgt itu berkat ayat kursi yg saya amalkan.


Maryam, 8 bulan

Saya tulis pengalaman ni pun sekadar nak share supaya ibu2 mengandung lain dpt amalkan, sebab kecewa juga bile saya kongsi pada kwn2 yg mengandung, diorg macam buat tak endah. Agak2nye diorg ingat saya main. Tapi percayalah, ayat kursi sesungguhnya ayat yg amat ajaib.
Alhamdulillah saya gembira bila salah seorang kawan saya, amalkan apa yang saya share dengan dia. Dia kata masa nak bersalin hari tu, dia tak berapa rasa sakit sangat.

No comments:

Post a Comment